Pengguna
  • 7.3
  •  
Softonic
  • 9
  •  
Lesen:
percuma
Bahasa:
Bahasa Inggeris
OS:
  • Windows XP
  • Windows Vista
  • Windows 7
  • Windows 8
  • Windows 8.1
  • Windows 10
Versi terbaru:
12.3.22792007-05-02
Muat turun bulan lepas:
24,402,924
Saiz:
5.96 MB
Pembangun:

Versi akhir antivirus percuma yang semuanya baru

Antivirus Percuma avast! 7 ialah tawaran terkini dari avast! dan menawarkan peluang untuk melihat sejauh mana pencapaian antivirus hebat ini.

Tarikan visual

Di Softonic secara tradisinya kami ada banyak masa untuk avast!, jadi kami sangat teruja untuk melihat versi terbarunya. Sebagai permulaan, ia kelihatan sangat lancar, dengan proses pemasangan yang ringkas (yang kelihatan bagus, tapi masih mengambil masa), dan antara muka yang amat mesra pengguna dan jelas. Sementara antara mukanya mirip avast! 6, ia ada lebih banyak opsyen, sesuatu yang anda lihat sebaik sahaja membukanya.

Opsyen pemasangan yang baik

Satu tambahan yang baik yang anda akan perasan bila memasangnya ialah opsyen untuk memasang sebagai pertahanan peringkat kedua pada komputer anda. Juga terdapat banyak pilihan pemasangan, yang membenarkan anda beroleh manfaat dari antivirus anda walau sebelum ia dipasang. Yang pasti, terdapat pemasangan lalai sekiranya anda tidak gemar hal-hal remeh.

Peningkatan keselamatan

Apa lagi tambahan versi 7 pada Antivirus Percuma Avast? Maka, pertamanya jurubina memastikan kita akan adanya kemaskini munasabah pada barisan keselamatan, yang tentunya anda mahu dari sebuah antivirus. Ia juga menawarkan modul Statistik yang baik, juga fungsi Sokongan menyeluruh yang membolehkan anda mendapatkan pakej sokongan untuk dihantar kepada kakitangan avast! yang cuba menyelesaikan masalah anda.

Ciri-ciri baru

Dua fungsi baru yang berguna khususnya ialah ciri AutoSandbox dan Bantuan Jarak jauh. AutoSandbox membolehkan avast! meletakkan program mencurigakan ke dalam kotak pasir secara automatik, jadi ia tidak boleh merosakkan komputer anda. Anda boleh menyunting program yang dikecualikan dari kelakuan ini pada tetapan am.

Bantuan jarak jauh

Bantuan jarak jauh agak berlebihan bunyinya, namun ia ciri yang baik. Ia membenarkan anda untuk samada menghubungi atau dihubungi oleh pengguna lain, agar anda membantu atau dibantu oleh mereka berkenaan masalah komputer (khususnya bila melibatkan kakitangan sokongan teknikal). Pastinya, kalian berdua perlu ada Antivirus Percuma avast! 7 dipasang, tapi ia adalah satu ciri yang kami lihat sangat berguna.

Bagus
  • Pemasang dan antara muka baru
  • Bantuan Jarak Jauh
  • Pemasangan sandar mungkin
  • Mengandungi gajet atas meja
Tidak bagus
  • Sesetengah pengguna mengadu imbasannya perlahan
Muat turun Muat turun selamat Avast Free Antivirus

Muat turun: Paling Banyak Generik

  1. Avast Free Antivirus

    Versi akhir antivirus percuma yang semuanya baru

  2. AVG AntiVirus Free
  3. ESET NOD32 Antivirus
  4. Folder Lock